Assalamualaikum,
Topik hari ini walaupun sering dibicarakan tetapi masih mendapat perhatian...mengenai cinta. Cinta datang cinta pergi.. Pernah terfikir kenapa ALLAH ciptakan perasaan cinta kepada kita? Setiap dari kita ada pengertian dan jawapan sendiri. Terserah sejauh mana anda mahu memikirkannya.. Cinta itu juga amat luarbiasa. Kerana cinta kita jadi kuat, bersemangat, sihat, ceria...dan kerana cinta juga ia boleh membunuh, sedih, kecewa dan berbagai perasaan negatif yang lain..
Cinta itu pun banyak kategorinya..cinta kepada Pencipta, cinta kepada manusia, cinta kepada alam, cinta kepada dunia..bermacam-macam lagi jenisnya.. Apa akan jadi pulak bila ada cinta palsu, cinta terlarang, cinta gila? Kerana cinta manusia boleh hilang pertimbangan..begitulah hebatnya penangan cinta. Jangan main-main dengan cinta.. Cinta boleh membawa derita dan sengsara.
Dulu saya sendiri tidak percaya dengan cinta. Apa ada dengan cinta? Apa guna bercinta? Tapi bila diri merasainya..cukup kuat geloranya.. Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH yg menghadirkan perasaan itu kepada saya. Semoga Allah kekalkan perasaan itu selamanya didunia hingga akhirat.
Setiap pasangan mahu dicintai dan mencintai bukan? Tapi apa pula bila cinta didusta setelah sekian lama memadu kasih, memintal cinta? Cinta yang di agungkan bertukar menjadi prahara menbadai si arjuna weda? Tetapi itulah yang selalu kita dengar kebelakangan ini. Kadangkala bukan pasangan yang menjadi punca tetapi datangnya orang ketiga mahu mencuba nasib menjadi perantara. Siapa yang patut dipersalahkan? Kenapa semua ini perlu terjadi? Ramai orang kata "dah jodoh tak panjang..." Betul ke? Atau sebab orang lain yang nak overtake?
Kepada si lelaki atau wanita di luar sana..jujurlah pada pasangan anda. tak kira lah anda masih di peringkat mengenali hati budi atau sudah berkahwin. Tiada siapa suka dibohongi. Memang susah untuk mengaku bila buat silap..tetapi pohonlah kemaafan dari pasangan anda..Percayalah anda akan lebih dihargai bila berlaku jujur. Kejujuran, kesetiaan, kepercayaan, keikhlasan adalah tunjang dalam sesebuah ikatan. Apa guna cinta dilafaz jika hanya sekadar penghias bibir halwa ditelinga tetapi hakikatnya anda tidak ikhlas.
Walau siapapun anda, anda tidak akan terlepas dari mencintai atau dicintai..
Ucaplah cinta dan tunjukkan cinta..jangan segan, anda tak akan rugi kerana pulangannya lumayan.
Buat suamiku MOHD HAFEEZ BIN ZULKAFLI cintaku tak akan berubah hanya ALLAH yang mampu memisahkan kita kerana DIA hadirkan dirimu dengan cara yang cukup berbeza menjadi penawar di kala derita.. Untuk anak-anakku Bazilah, Ameera, Irfan, Amani dan Imran..cinta dan kasih sayang ibu untuk kalian tiada bezanya.. Buat bondaku..Hajah Ku Azizah cinta, kasihsayangmu menjadi penyuntik semangat di kala hati gundah gulana. Buat adinda-adindaku Ngoze, Meen, Chacha walaupun kita berjauhan itu bukan bermakna tiada cinta di hati kak long untuk kalian...
Selamat Bercinta
terima kasih kak, jasa mu di kenang..:)
ReplyDeletebagus! kerana menjadi orang yang pandai mengenang jasa
ReplyDelete