Thursday, 23 June 2011

Rezeki yang diterima...

Assalamualaikum,

Apa habaq hari ini? Bagi yang bekerja gomen inilah hari yang ditunggu-tunggu.IT'S PAYDAY! Tu sebab ari ni jugak ada JUSCO DAY! Withdraw  kat ATM pi huloq kat cashier Jusco! bila nak menabungnya.. Pandai betoi marketing strategy depa ni. Purse atau wallet kita ni setakat tempat transit je sebelum sampai ke tangan lain.. ishhhh...parah kalau macam ni.Shopping memang sronok, tapi nak tunggu sbln lagi utk gaji next month tu yang serabut. So, berjimat-jimatlah dikala senang..tapi ramai juga yang berjimat bila dah poket kering!! Dlm seminggu ni teballah beg duit dengan not-not biru, lepas tu tebal jugak dengan resit-resit belian dan resit ATM. Jadi terpulanglah anda nak tengok kaler ape yang ader dlm beg duit anda.

Jalan mesti sesak skit mlm ni, orang keluar belanja kata orang Johor.Makan yang special skit, KFC, McD, Pizza Hut, Kenny Rogers dsb penuh sbb baru dpt gaji. Kami suami isteri nak bayar hutang dulu baru boleh belanja. Rumah dah byr, keta dah byr, babysitter cekik darah tu, bil-bil dah settle..baru boleh blanja. Bukan apa, takut terlebih belanja. Sume barang naik, karan naik, petrol naik, Astro naik, byar van skolah pun naik! Bila gaji nak naik ni? Asyik cikgu skolah je naik, kami pun ngajar anak orang jugak!

Walaupun ada orang yang keje 24 jam cari duit, tapi masih tak cukup-cukup mcmana? Kecik sangatkah gaji yang diterima? atau memang harga barang naik melambung? atau rezeki yang diterima tak BERKAT? Dalam mencari kesenangan dunia, jangan lupa untuk "menabung amal" untuk kesejahteraan di alam abadi. Dua-dua perlu seimbang. Bersyukurlah dengan apa yang kita terima, kalau sedikit pun bersyukur, dapat banyak lagi la perlu bersyukur. Kesyukuran itu sebagai lambang kita makhluk yang bertuhan. Jangan kita lupa diri mengagungkan apa yang kita dapat adalah kerana usaha kita sendiri. Andai Allah tarik nikmat sihat, dapatkah kita bekerja mencari duit? Tidak bukan. Rezeki itu bukanlah duit semata. Jangan dilupa nikmat Allah yang lain.

Bersyukurlah..dengan nikmat dan rezeki Allah. Dalam Al-Quran  kita diingatkan supaya bersyukur di atas kurniaan Allah kepada kita.
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"-Surah Ar-Rahman

Kalam Allah sentiasa mengingatkan kita supaya bersyukur dan jangan sesekali mendustakan nikmat yang diberikan. Jangan kita lupa rezeki dan nikmat yang kita terima hari ni ada yang mengaturkannya. Seseungguhnya ALLAH itu Maha Halus dan Teliti sifatnya.

Marilah kita sama-sama menjadi hamba yang bersyukur..

No comments:

Post a Comment