Assalamualaikum,
Anda pernah berbohong? atau sentiasa bercakap bohong? Atau sentiasa dibohongi? Kenapa perlu berbohong? Bohong! Tipu! Cakap tak serupa bikin! Rasa marah kan bila dibohongi? Bagaimana pula rasanya jika berbohong? Puas hati? Senang? Lega? Apa sebabnya sampai perlu bercakap bohong? Nak menjaga hati? Takut menyinggung perasaan orang lain? Takut si dia sedih?
Atau kita memang pengecut untuk menyatakan kebenaran? Takut nanti akan bertikam lidah? Takut mencetuskan kemarahan orang lain? Itu sebabnya manusia mencipta istilah "WHITE LIE @ BOHONG SUNAT" untuk menutup kelemahan diri kerana bercakap bohong. Mana ada tipu jadi sunat! Dah tu ada tipu wajib ke? Tentu anda pernah dengar "bercakap benarlah sekalipun ia pahit" Kenapa? Sebabnya keadaan akan jadi lebih complicated bila orang yang anda bohongi tu tau yang anda berbohong. Elakkan dari berbohong, jika selalu berbohong, orang akan hilang kepercayaan kepada kita. Bercakap benarlah walaupun akan melukakan hati si dia. Si dia perlu tahu hakikat yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment