Saturday, 30 July 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum,

 Ramadhan datang lagi. Membawa seribu barakah dan rahmat. Walaupun keletihan, kepenatan, kelaparan dan dahaga namun kegembiraan tetap ada. Kemeriahan ada pada Ramadhan yang istimewa. Bulan ini ramai yang menghulurkan sedekah, berzakat, menambahkan amalan baik, bagus juga ada Ramadhan. Kalau tidak mungkin ada yang terlupa dengan amalan2 ini. Kenapa ye? Sibuk sangat ke kita?
Marilah kita sama-sama meneruskan ape yang kita lakukan pada Ramadhan kali ini, semoga istiqamah selama hayat dikandung badan. Andai kata Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir kita, jadikanlah ia sebagai Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui. Semoga diberi kekuatan dan semangat dari Allah, INSYA-ALLAH.

Monday, 18 July 2011

Dialah isteri...

Dialah isteri
Yang dinikahi ijab berwali izin bersaksi
Dialah isteri
Yang telah mengikat janji sehidup semati
Dialah isteri
Yang terpilih untuk menjadi permaisuri di hati

Dialah isteri
Yang sanggup berkorban demi sang suami
Dialah isteri
Yang melahirkan buah cinta si permata hati
Dialah isteri
Yang sentiasa bersedia menemani
Yang menjadi tongkat di kala gelita
Yang menjadi peneman di kala gulana

Dakulah isteri
Yang sentiasa melimpahkan rasa kasih dan sayang
Demi suami dan permata hati

Dakulah isteri
Yang ingin dihargai semasa keberadaan
Yang ingin dirindui semasa ketiadaan
Yang ingin diredhai semasa kematian

Thursday, 14 July 2011

LA TAHZAN

Assalamualaikum

Pernahkah anda bersedih? Mustahil jika ada yang tidak! Mengapa bersedih? Ada sesuatu yang mendukacitakan anda? Tidak mengapa jika bersedih sekali-sekala tetapi jika berpanjangan ia akan mengubah anda menjadi orang yang pasif, rendah diri. Syaitan akan meracuni hati anda. Fikiran berkecamuk, hati gundah gulana, muka masam mencuka, air mata tak terseka-seka. Janganlah begitu...bangunlah dari kesedihan. Terima ujian Allah dengan redha. dengan hati yang lapang, tangan terbuka dan fikiran yang matang. Ujian itu disertai dengan rahmat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.
La Tahzan
Bila diri tidak dihargai, tetapi bersedihlah jika diri sudah tidak berharga
La Tahzan
Bila kematian yang disayangi, kerana mereka adalah milik ALLAH
La Tahzan
Bila yang diusahakan tidak berjaya, kerana ujian Allah itu datang dengan rahmatNYA
La Tahzan
Bila hati sentiasa dilukai, kerana Allah sentiasa menyayangi hambaNYA
La Tahzan
Bila ditinggalkan, kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita

BERGEMBIRALAH...kerana ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN HAMBANYA..CUMA kealpaan kita membuatkan kita jauh dengan Sang Pencipta!
Jadilah orang yang gembira